Hubungan Akrab - Park Seo Joon Mengakui V (BTS) Pernah Mengugut Hal ini Kepadanya



Baru-baru ini, V (BTS) dan Park Hyung Sik meluangkan masa bersama dengan bermalam di rumah sahabat mereka, Park Seo Joon.

Selepas sahaja drama, 'What's Wrong With Secretary Kim?' selesai, tiga sahabat ini mengambil kesempatan untuk bermalam di rumah orang tuanya Park Seo Joon.




Walaupun mereka jarang berjumpa kerana jadual masing-masing yang padat, mereka masih berhubung antara satu sama yang lain.

V juga menonton semua drama yang dibintangi oleh sahabatnya, Park Hyung Sik dan Park Seo Joon.




Park Seo Joon mengatakan bahawa, "walaupun sibuk dengan jadual yang padat, V tetap mengambil tahu akan projek atau aktiviti terbaru kami. V yang kerap berada di luar negara selalu menghantar mesej dan mengatakan 'hyung, saya tidak dapat menonton drama sekarang kerana wifi yang kurang baik'.






Park Seo Joon menambah, "V merupakan sahabat yang penyayang dan comel. Dia pernah mengugut saya semata-mata agar saya menghadirkan diri di konsertnya.



sumber: YOUTUBE KPOPHUNGER


 Sumber : Koreaboo

(https://www.koreaboo.com/news/bts-v-park-seo-joon-park-hyung-sik-friends-sleepover/)


Comments