Luka Ringan Kerana Peminat - Nam Joo Hyuk Bertindak Profesional



Baru - baru ini, pelakon Nam Joo Hyuk menyertai 'fan meeting' atau aktiviti bertemu peminat yang mana digabungkan bersama Sandara Park.




'Fan Meeting' itu berlangsung di Filipina yang dianjurkan oleh Penshoppe.

Dalam acara tersebut, dikhabarkan bahawa ramai peminat Nam Joo Hyuk yang mengambil peluang untuk bergambar dengan artis kesayangan mereka.




Namun demikian, terdapat juga peminat yang agresif dan menyentuh pelakon itu dengan kasar sehingga menyebabkan luka ringan pada lengan pelakon itu.

Walaupun dilayan seperti itu, Nam Joo Hyuk cuba bersabar demi peminatnya dan bertindak profesional.



Sumber :  Koreaboo
(https://www.koreaboo.com/news/nam-joo-hyuk-suffers-misbehaving-fangirls-constantly-touching-inappropriately/)

Comments