Minat Perniagaan - Jin (BTS) Membuka restoran berkonsepkan Jepun




Selain menyanyi, Jin (BTS) juga meminati dunia perniagaan dengan membuka restoran yang menyajikan makanan tradisi Jepun.

Restoran yang baru sahaja dibuka pada tahun ini (2018) telah mendapat perhatian ramai kerana selebriti popular itu meluangkan masanya di premis tersebut.



Terletak di Seoul, restoran itu dikongsi bersama abangnya (Kim Seok Jung) yang menggalas tanggungjawab sebagai CEO manakala Jin sebagai direktor.


Mereka memilih nama, Ossu Seiromushi yang mana bersesuaian dengan konsep restoran mereka.

Selebriti ini dikhabarkan masih sibuk dengan persediaan ‘comeback’ mereka dan konsert jelajah seluruh dunia pada tahun ini.

Semoga Jin (BTS) terus berjaya dalam bidang hiburan juga perniagaan.



Sumber:

KOREABOO

Comments