Penyanyi KPOP Meninggal Dunia - AGENSI Tidak Dedah Sebab Kematian



Baru-baru ini 'WYNN Entertainment' telah mengumumkan berita kematian seorang ahli kumpulan baru, Spectrum iaitu Kim Dong Yoon.

Kumpulan ini baru sahaja "debut" atau menyertai dunia hiburan pada 2 bulan yang lepas (10 Mei 2018).

Kematian Dongyoon pada umur 20 ini sangat mengejutkan ramai. Lebih-lebih lagi apabila agensi pengurusan berkenaan tidak memberi sebarang ulasan lanjut mengenai sebab kematian artis mereka.

Meninggal pada 27 Julai 2018, keluarga Dongyoon meminta agensi untuk melaksanakan autopsi mayat penyanyi tersebut.



sumber : Koreaboo
(https://www.koreaboo.com/news/rookie-boy-group-spectrum-member-dongyoon-passes-away/)

Allkpop

(https://www.allkpop.com/article/2018/07/autopsy-ordered-for-late-spectrum-member-kim-dong-yoon)

Comments