Ryeo Wook Kembali ke Pangkuan Super Junior- Akan Melakukan 'Comeback'




Terkini, Super Junior akan melakukan 'comeback' dan mempromosikan lagu terbaru mereka.

Pada 20 Julai 2018, dilaporkan bahawa kumpulan popular itu telah mula melakukan penggambaran muzik video di Macau.

Keistimewaan 'comeback' kali ini ialah dengan disertai oleh ahli kumpulan, Ryeo Wook yang telah lama berehat dari dunia hiburan disebabkan tugasan ketenteraan beliau.




Ryeo Wook baru sahaja menyempurnakan tanggungjawab beliau dalam ketenteraan pada pada 10 Julai yang lalu, yang mana juga telah memulakan tugasan itu sejak 11 Oktober 2016.

Super Junior dijangka akan mula mempromosikan lagu baru mereka pada hujung tahun ini bersama 7 ahli aktif yang lain (Leeteuk, Yesung, Shindong, Eunhyuk, Donghae, Siwon, Ryeowook).


sumber: Allkpop
(https://www.allkpop.com/article/2018/07/super-junior-preparing-to-make-a-comeback-with-ryeowook)

Comments