Taecyeon 2PM Meninggalkan JYP- Ini respond JYP


Pelakon juga penyanyi dari kumpulan 2PM ini akhirnya memutuskan untuk meninggalkan syarikat/agensi pengurusan kariernya selama ini iaitu 'JYP Entertainment'.


Walaupun masih berkhidmat dalam ketenteraan, Taecyeon sudah pun merancang kariernya dengan sistematik dan sudah pun menandatangani kontrak dengan agensi barunya iaitu , 51K.


51K ini merupakan agensi dibawah kelolaan pelakon terkenal, So Ji Sub.

Namun begitu, perpindahan ke agensi baru tidak akan menghalang aktiviti Taecyeon bersama ahli kumpulannya, 2PM.

Berikut merupakan kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh bekas agensi Taecyeon (JYP Entertainment);

"Walaupun Taecyeon sudah bertukar ke agensi baru, dia tetap akan menyertai segala aktiviti kumpulannya, 2PM. Tambahan lagi, kumpulan tersebut masih di bawah pengelolaan kami".


Comments