Cabaran Bergelar Abang Taeyang (Bigbang) - Dong Hyun Bae Mengaku Sukar

we don't own the photo used. credits to photo owner.

Menerusi satu temubual, Dong Hyun Bae yang merupakan abang kepada penyanyi popular, Taeyang mendedahkan cabaran yang dihadapinya sebagai abang kepada penyanyi itu.

Dong Hyun Bae menjelaskan bahawa, dia sentiasa menjaga tingkah lakunya bagi menjaga imej adiknya itu. 

Dong Hyun Bae berpendapat bahawa, dia lebih berhati-hati dalam melakukan sesuatu kerana risau orang ramai akan menganggap Taeyang juga akan berperangai buruk seperti abangnya. Dong Hyun Bae tidak ingin imejnya menjadi refleksi kepada adiknya.

Oleh itu, dia lebih waspada dalam melakukan tindakan dan membuat keputusan.

Dong Hyun Bae menambah, dia berasa bersalah terhadap adiknya itu kerana memikul tanggungjawab sebagai abang dalam keluarganya.

we don't own the photo used. credits to photo owner


Hal ini kerana,kerjaya Taeyang yang sudah matang dan mempunyai kewangan stabil membuatkan Taeyang sentiasa membantu keluarganya yang mana tugasan itu sepatutnya dipikul oleh Dong Hyun Bae .


sumber:  Koreaboo
(https://www.koreaboo.com/stories/dong-hyun-bae-reveals-struggles-taeyangs-older-brother/)

Comments