Hyuna dan E'Dawn Akhirnya Mengaku Sedang Bercinta

Selepas isu hangat percintaan antara Suzy dan Lee Dong Wook, kini timbul lagi isu percintaan selebriti baru.


we don't own the photo used. credits to photo owner


Hyuna dan E'Dawn (Pentagon) mengejutkan ramai terutamanya peminat apabila mengakui sudah bercinta selama 2 tahun.


we don't own the photo used. credits to photo owner


Pada awalnya, pasangan ini menyangkal khabar angin tersebut. Namun demikian, pada 2 Ogos 2018 sewaktu ditemubual oleh Yeonhap News, mereka akhirnya mendedahkan hubungan mereka.

Mereka berdua membuat keputusan untuk mendedahkan hubungan mereka kepada umum kerana berasakan ingin lebih jujur kepada semua.


we don't own the photo used. credits to photo owner


Hyuna yang mencapai umur 26 tahun pada tahun ini mengatakan bahawa dia mengenali E'Dawn sejak  E'Dawn bergelar pelatih lagi. Pada masa itu, mereka selalu bersama - sama melakukan persembahan di atas pentas.

Hyuna juga menjelaskan bahawa, betapa besar sumbangan pasangannya itu dalam karya muzik Hyuna.

Semoga Hyuna bergembira dengan pilihan hatinya.

sumber: Allkpop
(https://www.allkpop.com/article/2018/08/breaking-hyuna-pentagons-edawn-officially-admit-theyve-been-dating-for-2-years)


Comments