Ingin Kembali Ke Dunia Hiburan - Bekas Ketua WONDER GIRLS Mendapat Respond Negatif

we don't own the photo used. credits to photo owner


Sunye yang merupakan bekas ketua kumpulan Wonder Girls dikhabarkan telah menerima tawaran kontrak eksklusif daripada sebuah agensi hiburan di negara itu.

Tawaran daripada agensi tersebut menandakan bahawa berkemungkinan Sunye akan kembali ke dunia hiburan.

Perkara ini sememangnya menjadi berita gembira bagi peminat bekas artis ini, namun tidak bagi segelintir. Hal ini kerana, ibu kepada dua orang anak ini pernah meninggalkan kumpulannya kerana ingin berkahwin bersama buah hatinya yang berdarah kacukan Kanada-Korea.

we don't own the photo used. credits to photo owner


Imej negatif ini bermula apabila dia mengejutkan peminat untuk bersara awal dari dunia hiburan meskipun kontraknya untuk bersama dengan Wonder Girls belum selesai.

Setelah berkahwin pada tahun 2012, Sunye mengikut suaminya tinggal di Kanada.

Oleh itu, tidak hairanlah mengapa Sunye mendapat penerimaan negatif berikutan isu comeback-nya itu.


sumber: Koreaboo
(https://www.koreaboo.com/news/netizens-attack-former-wonder-girls-member-sunye-comeback/)


Comments