Kim Yoo Jung Akhirnya Kembali Sihat

we do not own the photo used. credits to photo owner



Pelakon popular Kim Yoo Jung yang telah menjalani rawatan pembedahan thyroid  kini dikhabarkan sudah kembali sihat.

Pada bulan Februari yang lalu, artis ini telah menjalani rawatan selepas didapati menghidap penyakit hypothyriodism oleh pakar kesihatan.

Selepas menjalani rawatan, Kim Yoo Jung berehat beberapa bulan dari bidang seni lakonan bagi memberi ruang kepada tubuhnya untuk kembali sihat.

Baru-baru ini, dia menyapa peminatnya dengan memuat naik gambar di akaun Instagramnya dan berkata, "Terima kasih. Saya sekarang dalam keadaan yang lebih baik dan saya semakin tersenyum sejak akhir-akhir ini. Kita akan bertemu nanti tidak lama lagi dengan lebih dekat lagi. Terima kasih kerana menunggu."

Dengan keadaan kesihatan artis ini yang semakin pulih, pembikinan drama terbarunya yang telah tergendala itu ,'Clean with passion now' akan bersambung tidak lama lagi.



sumber: Allkpop
(https://www.allkpop.com/article/2018/08/actress-kim-yoo-jung-updates-fans-on-her-health-and-upcoming-drama)


Comments