Tiket Konsert BTS Habis Dijual Dua Hari Sebelum Konsert


  
we don't own the photo used. credits to photo owner


Baru-baru ini , kumpulan terpopular di dalam dan luar negara, BTS membuktikan penguasaan mereka terhadap peminat apabila menutup kaunter tiket lebih awal daripada jangkaan.

Pada 4 Ogos 2018, agensi kumpulan tersebut (BigHit) mengumumkan bahawa;

"Kesemua 90,000 tiket untuk konsert 'Love Youself' yang diadakan di Seoul Olympic Stadium  pada 25-26 Ogos nanti sudah habis terjual."

Penjualan tiket konsert tersebut dilaporkan bermula pada 28 Jun lagi dan merekod penjualan tertinggi dalam Interpark  iaitu ejen penjual tiket konsert di negara itu.

BTS masih lagi sibuk dengan konsert jelajah seluruh dunia yang merangkumi 15 buah negara termasuklah USA, Kanada, Netherland, Jerman, Perancis dan Jepun.



Sumber : Allkpop
(https://www.allkpop.com/article/2018/08/bts-sells-out-90000-tickets-for-their-upcoming-two-day-concert-in-seoul)

Comments