Akhirnya Setelah 6 Tahun NU'EST Kembali Dengan Sempurna


we do not own the photo used. credits to photo owner


NU'EST akhirnya kembali kepada peminat dengan mempunyai ahli yang cukup.

NU'EST sudah melakukan beberapa comeback sebelum ini namun, kerana kekurangan ahli, mereka mempromosikan album mereka dengan ahli empat orang sahaja.

Minhyun yang merupakan salah satu daripada ahli kumpulan idol tersebut terikat dengan kontrak bagi mempromosikan kumpulan idol sementara (WANNA ONE) yang terhasil daripada rancangan television popular, "Produce 101."

Kini setelah tamat kontrak sebagai ahli WANNA ONE, Hwang Minhyun kini kembali kepada kumpulan asalnya.




NU'EST akan mengadakan konsert mereka yang bertemakan, Segno in Seoul bermula dari 12 April sehingga 14 April 2019.

Tiket akan mulai dijual kepada ahli fanclub pada 18 Mac dan 20 Mac . Manakala tiket diedarkan kepada umum pada 22 Mac melalui Interpark. 





Lihat Sumber



Comments