Ha Sung Woon Cipta Lagu Sendiri untuk Karier Solo



Ha Sung Woon yang merupakan bekas ahli kumpulan popular  Wanna One  berjaya mengeluarkan EP peribadinya yang menandakan permulaan karier solonya baru-baru ini.

Bercakap dengan sidang media di Yes24 Live Hall, Ha Sung Woon mengatakan bahawa dia lebih memfokuskan kepada konsep muzik yang diminatinya dalam album barunya itu dan tidak mengejar tangga carta muzik.

Tambahnya lagi, beliau sangat ingin mengetahui adakah peminat juga menyukai konsep muzik yang sama seperti diminatinya.

Ha Sung Woon menamakan kelab peminatnya dengan nama, Sky dan mempersembahkan lagu - lagu dalam album dengan tema yang hampir sama seperti, Bird, Suddenly, Mundeuk dan Don't forget.




Bagi penyanyi dari kumpulan Hotshot itu, beliau menjelaskan bahawa akan memberi lebih fokus kepada karier solonya terlebih dahulu dan belum terfikir untuk kembali ke kumpulan lamanya.




Rujuk Sumber




Comments