[Gosip Cinta] Kim Jae Wook dan Lee El Membeli Cincin Berpasang?

we do not own the photo used. credits to photo owner


Baru - baru ini tular di laman sosial yang mengatakan bahawa kedua pelakon ini membeli cincin pasangan kekasih atau juga dikenali sebagai couple ring. 

Menurut sumber, sebuah kedai barangan kemas telah memuatnaik gambar cincin yang dipakai oleh dua orang. Yang mana salah satu gambar di tagged dengan nama Lee El.

Manakala cincin lelaki pula hanya dinyatakan sebagai "pelanggan yang datang kembali" .

Peminat berasa curiga kerana, cincin yang dipakai dalam gambar merupakan couple ring. Ditambah lagi, hanya nama Lee El yang di tagged.

Peminat berasa yakin bahawa lelaki yang menyarungkan cincin itu merupakan Kim Jae Wook berikutan terdapat tanda tahi lalat di jari beliau.




Agensi belum memberi apa- apa keterangan lagi tentang gosip ini.

Ini bukan kali pertama Lee El dan Kim Jae Wook terkait dengan gosip cinta, mereka pernah dikhabarkan bercinta apabila Lee El memuatnaik gambar Kim Jae Wook yang sedang tidur di media sosial. Selepas beberapa ketika, Lee El segera memadam gambar tersebut.








Sumber:

https://bit.ly/2xeWKrA

Comments