![]() | |
|
Pelakon Kang Ha Neul telah selesai berkhidmat dalam ketenteraan pada 23 Mei yang lalu dengan cemerlang.
Bagi memberi updates beliau kepada peminat, Kang Ha Neul datang ke rancangan 'Entertainment Weekly' dan mengulas tentang topik - topik terkini dan perihal dirinya.
Menurut pelakon kelahiran 1990 itu, beliau banyak meluangkan masa membantu orang tuanya di kedai mereka sewaktu cuti sepanjang perkhidmatan beliau dalam ketenteraan.
![]() | |
|
Kang Ha Neul mengulas lanjut bahawa beliau melayani pelanggan di kedai Kalguksoo keluarga mereka .
![]() | |
|
Beliau juga berpendapat bahawa, itu merupakan peluang baik untuk membantu ayahnya pada waktu cuti kerana beliau jarang dapat membantu di kedai tersebut berikutan sibuk dengan kerjaya lakonan.
Sumber :
https://bit.ly/2ZrfG2i



Comments
Post a Comment