Park Bo Gum Terpalit Sama dengan Isu Perceraian Song Joong Ki dengan Song Hye Kyo

we do not own the photo used. credits to photo owner


Setelah berita usul perceraian dilakukan oleh pasangan selebriti ini, netizen atau masyarakat menunding jari kepada pelakon terkenal, Park Bo Gum.

Netizen beranggapan bahawa, Park Bo Gum merupakan dalang di sebalik punca perceraian Song Joong Ki dan Song Hye Kyo.

Bagi meleraikan tuduhan ini, agensi Park Bo Gum membuat kenyataan;

"Dalam masa sama Song Joong Ki yang mengumumkan perceraian dengan Song Hye Kyo pada pagi ini, Park Bo Gum yang merupakan junior dalam pernah berlakon bersama-sama Song Hye Kyo juga terpalit sama dengan isu ini.

Hanya dengan mengaitkan nama Park Bo Gum dalam kes ini adalah suatu tuduhan bahaya. Pihak kami akan mengambil tindakan undang-undang untuk menegakkan keadilan dan kebenaran."

-Blossom Entertainment.

Comments