![]() |
we do not own all the photo used. credits to photo owner |
Han Seo Hee yang mendapat tumpuan umum setelah didakwa mengambil dadah bersama TOP , ahli Big Bang pada tahun 2017. Kini terus menjadi tumpuan setelah dilaporkan membekalkan dadah kepada bekas ahli kumpulan iKON, B.I.
Han Seo Hee yang masih berada di luar negara dengan alasan ingin membuat refleksi diri kini dipanggil pulang untuk membantu siasatan.
Polis menunggu Han Seo Hee untuk mendapatkan keterangan beliau berikutan penemuan chat perbualan antara B.I dan Han Seo Hee. Yang mana menerusi chat tersebut, kedua - dua mengulas tentang kesan pengambilan dadah jenis LSD dan B.I ingin membelinya melalui Han Seo Hee.
![]() |
we do not own the photo used. credits to photo owner |
Peguam Han Seo Hee baru - baru ini mengulas isu itu dalam rancangan radio, CBS Radio. Menerusi temu bual tersebut, Bang Jung Hyun tampil sebagai peguam Han Seo Hee mengongsikan tentang beberapa penerangan Han Seo Hee berkaitan isu tersebut.
Menurut Bang Jung Hyun, daripada keterangan yang diterima, terdapat ramai lagi artis di bawah naungan YG Entertainment yang belum didedahkan yang mana turut terjebak dengan gejala dadah ini.
Namun demikian, peguam tersebut enggan mengulas lanjut tentang penama artis yang terlibat.
Sumber :
https://bit.ly/2XkqmCM
Comments
Post a Comment