Peminat B.I Mahukan Keadilan Ditegakkan #CreditHanbin Menjadi Viral

we do not own the photo used. credits to photo owner


Pada  27 Jun 2019, YG Entertainment memaparkan preview lagu comeback Eun Ji Won (Sechskies). 

Menerusi paparan pendek lagu dari album solo artis itu, peminat mendapati terdapat lagu yang telah dicipta oleh bekas ahli iKON, B.I.

Lagu berjudul 'Worthless' menarik perhatian peminat kerana lagu tersebut sama dengan ciptaan B.I.

Peminat B.I mengenali lagu - lagu ciptaan beliau  kerana B.I sering memuatnaik demo lagu ciptaannya. Antaranya adalah 'Worhtless' yang mana merupakan salah satu lagu di dalam album solo Eun Ji Won.

Namun demikian, peminat mendapati, nama B.I tidak tertulis sebagai salah satu komposer lagu tersebut.

Oleh itu, peminat berasa tidak berpuashati dan ingin tegakkan keadilan bagi B.I.



Kini, hashtag #CreditHanbin menjadi viral seluruh dunia.




Sumber:

https://bit.ly/2KERjer


Comments