![]() |
we do not own photo used. credits to photo owner |
Peminat TWICE dikhabarkan menderma jutaan Won kepada sebuah persatuan di Korea baru - baru ini.
Menurut agensi media di Korea, Newston. Mereka melaporkan bahawa terdapat individu atau berkumpulan telah menderma sebanyak 26 juta Won kepada Persatuan Kanak -kanak yang menghidap Leukimia di negara itu.
Kerja amal yang dilakukan oleh peminat kumpulan tersebut meletakkan nama TWICE sebagai penyumbang kepada persatuan itu.
Aktiviti amal yang dilaksanakan oleh peminat semakin bertambah terutama bagi peminat artis di bawah naungan JYP.
Hal ini kerana, syarikat JYP menegaskan perihal artis menerima hadiah atau cenderahati daripada peminat, terutama sewaktu hari jadi artis di syarikat itu.
Sumber :
https://bit.ly/31xDMug
Comments
Post a Comment