PSY Dipanggil Polis untuk Bantu Siasatan

we do not own the photo used. credits to photo owner


Berikutan kes bekas CEO YG Entertainment, penyanyi popular "Gangnam Style" telah terpalit sama dan dipanggil ke balai untuk membantu siasatan.

Pada 16 Jun 2019, Agensi Polis Metropolitan Seoul telah memanggil PSY untuk mendapatkan keterangan perihal isu pelacuran yang dikaitkan dengan Yang Hyun Suk.

Sesi keterangan antara PSY dan pihak polis mengambil masa lebih daripada 9 jam. Sesi yang bermula pada jam 5 petang itu, berakhir pada jam 2. 15 pagi (17 June).

Nama penyanyi ini timbul apabila selepas laporan media MBC Straight  melaporkan bahawa Yang Hyun Suk bersama dengan artis popular menyewa sebuah restoran mewah untuk kegiatan pelacuran.

Meskipun MBC Straight tidak menyatakan sebarang nama artis yang terlibat, tetapi ramai berpandangan bahawa artis yang dimaksudkan adalah PSY.

Oleh itu , pihak polis mengambil tindakan untuk memanggil PSY sendiri untuk mendapatkan pengesahan berikutan isu yang dilibatkan.





Sumber : 

https://bit.ly/2WYpJdF

Comments