SEVENTEEN Dikritik Kerana Melewatkan Penerbangan? Ini Balasan Pledis Entertainment

we do not own photo used. credits to photo owner


Baru - baru ini tergempar isu idol popular, SEVENTEEN yang dikatakan telah menyebabkan ramai orang awam berasa marah dan geram.

Hal ini berlaku apabila penerbangan dari Okinawa ke Incheon terpaksa ditangguhkan apabila terdapat beberapa penumpang (SEVENTEEN) masih belum menaiki kapal; menurut pihak Asiana.

Penumpang yang lain bertambah tidak berpuas hati apabila mengetahui, penumpang yang mereka tunggu merupakan sekumpulan selebriti.

Penerbangan OZ171 dijadualkan untuk sampai ke lapangan terbang antarabangsa Incheon pada jam 3:25 petang, tetapi disebabkan penangguhan penerbangan, kapal tersebut tiba pada jam 4:34 petang. 

Isu SEVENTEEN yang menyebabkan penerbangan lewat  1 jam 9 minit itu diberi maklum balas dari pihak agensi, Pledis Entertainment.

Menurut Pledis Entertainment;

" SEVENTEEN mengalami masalah di bahagian check-in kerana beberapa isu dokumen. Hal ini menyebabkan penangguhan penerbangan selama 30 minit. Penerbangan juga sudah dijadualkan lewat 30 minit berikutan dengan cuaca yang buruk pada ketika itu.

SEVENTEEN dan staff siap melaporkan diri di lapangan terbang tepat pada masanya, namun staff dari lapangan terbang Okinawa menahan mereka dan mengatakan mereka harus mengisi lagi beberapa dokumen.

Penumpang yang memasuki Korea dari Jepun akan dipilihan secara rawak untuk mengisi beberapa kenyataan. SEVENTEEN mempunyai visa Jepun dan selalunya mereka tidak perlu terlibat dengan kerta kerja. Mereka juga check-in secara normal kerana pada awal makluman, mereka tidak terlibat dengan sebarang dokumentasi.  

Hal ini bukan disengajakan, tetapi kami memohon maaf kerana menyebabkan kelewatan ketibaan penerbangan."


~Pledis Entertainment~






Sumber :

https://bit.ly/2XiLmd5


Comments