![]() |
we do not own the photo used. credits to photo owner |
Selepas bergolak dengan dilema kerjaya sebagai idol , Somi akhirnya berjaya meletakkan tapak dalam dunia hiburan dengan kejayaan debut solo di bawah naungan YG Entertainment.
Pada 13 Jun 2019, gadis kelahiran 2001 ini rasmi debut menerusi konferensi muzik beliau dengan album pertama "Birthday".
Sewaktu temu bual bersama wartawan, Somi diajukan soalan tentang sebab beliau meninggalkan JYP, malah menyertai The Black Label di bawah naungan YG.
Menjawab pertanyaan itu, Somi mengakui bahawa seni muzik yang di bawa oleh JYP berbeza dengan konsep yang dia mahukan. Beliau menambah lagi bahawa, selepas perbincangan baik dengan J.Y. Park, mereka mendapat kata putus untuk kebaikan bersama.
Selain itu, Jeon Somi juga ditanya tentang pendapat beliau perihal kontroversi yang berlaku di agensinya pada waktu ini.
Somi menjawab, beliau tidak akan goyah dan akan terus berusaha kuat dan membuat persiapan mengikut caranya sendiri.
Sumber :
https://bit.ly/2XMXMXx
Comments
Post a Comment