Song Joong Ki dan Song Hye Kyo Fail Surat Cerai - Ini Sebabnya

we do not own the photo used. credits to photo owner


Pada 26 Jun 2019, Song Joong Ki dilaporkan telah memfailkan surat cerai dengan pasangannya Song Hye Kyo.

Menurut peguam Song Joong Ki, kedua pihak bertindak mengambil keputusan untuk tidak meneruskan rumah tangga mereka atas sebab ketidaksefahaman dan karakter yang berbeza.



Song Joong Ki pernah mengulas isu perkahwinan beliau di sidang media untuk drama terbarunya, "Arthdal Chronicles" sebulan yang lalu.

Menurutnya, perkahwinan beliau dengan Song Hye Kyo menyebabkan emosi beliau stabil.

Namun demikian, Song Hye Kyo didapati kerap tidak menyarungkan cincin perkahwinan mereka apabila muncul di muka umum.

Hal ini menyebabkan, media Korea sudah membuat spekulasi bahawa hubungan rumah tangga mereka sudah retak sebelum penceraian diumumkan oleh pasangan ini.




Sumber:  

https://bit.ly/2YhzqFx


Comments