Sung Hoon Memikul Hutang yang Banyak?

we do not own the photo used. credits to photo owner

Pelakon popular, Sung Hoon mengaku masih memikul hutang yang banyak kerana kerjayanya.

Menerusi temubual baru - baru ini, beliau mengaku bahawa, sangat susah untuk beliau berhenti berlakon kerana terdapat masih banyak hutang yang belum terlangsai.

Dilaporkan  bahawa hutang - hutang tersebut adalah hasil perjalanan dalam kerjaya lakonan beliau.

Menurutnya lagi, pada awalnya Sung Hoon berhasrat ingin menjadi atlet renang. Tetapi kerana kemampuannya yang terbatas, beliau hanya mampu mencapai tahap kebangsaan sahaja. Ditambah lagi, beliau mengalami kecederaan yang menyebabkan beliau terpaksa mencari kerjaya lain untuk menampung kehidupan.

Pelakon itu juga mengaku bahawa, selepas kenaikan populariti dan tawaran berlakon yang banyak, beliau mampu membayar sedikit demi sedikit hutang beliau dan sudah hampir separuh dibayar.






Sumber : 

https://bit.ly/2Ip0EV7


Comments