![]() |
we do not own the photo used. credits to photo owner |
Pada 21 Jun, media Korea melaporkan tentang peminat yang penuh obses (sasaeng) telah menganggu kediaman Chanyeol.
Dilaporkan juga bahawa, peminat tersebut merupakan warga Cina dan cuba memasuki kediaman yang mana terdapat wanita di dalamnya.
Wanita yang dikenali sebagai Ms. Kim melaporkan hal itu kepada Chanyeol tentang tindakan peminat yang membunyikan lonceng serta memutar tombol pintu berulang kali.
Isu ini yang berlaku pada April lalu mendapat tumpuan apabila netizen atau masyarakat ingin tahu tentang identiti wanita yang digelar Ms. Kim itu.
Ramai peminat beranggapan bahawa, Ms.Kim tinggal bersama Chanyeol.
SM Entertainment tampil memberi penjelasan tentang isu tersebut:
"Ya memang benar , terdapat peminat yang cuba menceroboh privasi Chanyeol di studio tempat beliau bekerja sama dengan MQ (BeatBurger). Individu yang berada di dalam studio ketika kejadian itu berlaku adalah staff penerbitan. "
Sumber :
https://bit.ly/2Zx451G
Comments
Post a Comment