XIUMIN Membanggakan Peminat dengan Kenaikan Pangkat di Latihan Ketenteraan


We do not own the photo used. Credits to photo owner


Ahli EXO, Xiumin dilaporkan mendapat pujian ramai terutama peminat setelah menunjukkan prestasi yang baik dalam latihan ketenteraan beliau baru - baru ini.

Menurut laporan media dari negara itu, Xiumin memulakan latihan asas ketenteraan pada 7 Mei 2019.

Setelah 5 minggu menghabiskan latihan asas, Xiumin telah menunjukkan prestasi cemerlang sehingga dinaikkan pangkat menjadi pembantu pengajar. 

Pangkat pembantu pengajar hanya layak bagi ahli tentera yang mendapat markah yang cemerlang. Ini bermakna, Xiumin telah menunjukkan kebolehan beliau bukan sahaja di bidang hiburan, malah di bidang ketenteraan juga.

Selamat bertugas dan berkhidmat kepada ahli EXO ini !



Sumber : 

https://bit.ly/2N1QJth
https://bit.ly/2IFT1ZB

Comments