Yang Hyun Suk Meletak Jawatan dari Agensi YG


we do not own the photo used. credits to photo owner

Yang Hyun Suk, CEO juga pemegang saham terbesar dalam agensi pengurusan artis YG, telah mengumumkan perletakan jawatan beliau dari syarikat itu.

Pengumuman itu dibuat pada 14 Jun 2019 dengan tujuan agar syarikat tersebut tidak jatuh bersama dengan imej beliau yang telah tercemar.

Yang Hyun Suk telah mendapat kecaman banyak pihak berkenan dengan pengurusan artis di syarikat tersebut. 

Berikutan ramai artis di bawah naungan beliau terjebak dengan skandal dadah, jenayah seks, penghapusan bukti dan saman - saman imej artis yang menyebabkan kredibiliti beliau sebagai ketua syarikat yang goyah.

Ditambah lagi, Yang Hyun Suk juga mendapat pandangan negatif masyarakat terutama di negara itu berikutan tuduhan cara penggendalian beliau dalam menangani masalah yang timbul.

Timbul rasa tidak berpuas hati apabila beliau dikaitkan antara orang belakang di sebalik skandal Burning Sun Seungri juga bekas ahli iKON, B.I baru - baru ini.

Dikatakan, dengan perletakan jawatan beliau, Yang Hyun Suk berharap syarikat tersebut dapat  pulih pulih seperti sedia kala.



Sumber : 

https://bit.ly/2wReCbJ

Comments