![]() |
| we do not own the photo used. credits to photo owner |
Beberapa jam selepas Yang Hyun Suk mengumumkan perletakan jawatan, Yang Min Suk juga menyusul dengan tindakan yang sama.
Kedua beradik yang telah berkerja keras membangun syarikat selama lebih daripada 23 tahun akhirnya pasrah dengan keadaan syarikat itu.
Khuatir agensi itu akan terus jatuh berikutan skandal yang tidak putus - putus. Akhirnya, CEO YG Entertainment mengambil keputusan drastik dengan meletakkan jawatan.
Menerusi ucapan Yang Hyun Suk sendiri, beliau mengatakan ingin memberi ruang kepada diri beliau juga kepada syarikat untuk 'bernafas' daripada kontroversi yang terus melanda.
Tambah beliau lagi, perletakan jawatan kedua beradik itu merupakan kesempatan kepada pemegang saham yang lain untuk memegang pucuk pimpinan syarikat yang mana beliau percaya, mereka juga berkebolehan dalam menguruskan agensi itu.
Kontroversi daripada agensi tersebut bermula dari awal tahun 2019 dan masih berlanjutan sehingga kini. Ramai artis di bawah naungan agensi tersebut masih di bawah pemerhatian polis .
Sumber :
https://bit.ly/2wU6QOE

Comments
Post a Comment