Pelakon Bunuh Diri di Bilik Hotel -Jeon Mi Seon Meninggal di Tempat Kejadian

we do not own the photo used. credits to photo owner


Industri hiburan Korea Selatan sekali lagi digemparkan dengan berita pemergian artis juga pelakon popular Jeon Mi Seon.

Jeon Mi Seon yang sering muncul di kaca television lewat drama seperti 'Moon Embrace the Sun', 'Memories of Murder' dan banyak lagi telah menamatkan hidup dengan membunuh diri;seperti yang dilaporkan pihak polis.

Jeon Mi Seon sering membintangi watak pembantu pelakon utama dan sering mendapat anugerah atas lakonan beliau yang cemerlang.

Menurut pengurus artis tersebut, beliau menelefon polis sebaik sahaja mendapati mendapati Jeon Mi Seon dalam keadaan tidak bernyawa di kamar mandi hotel penginapannya.

Pengurus artis tersebut meminta pihak hotel membukakan pintu bilik Jeon Mi Seon setelah tidak mendapat khabar dari Jeon Mi Seon.

Paramedik segera membawa Jeon Mi Seon ke hospital namun malangnya, artis tersebut didapati sudah meninggal dunia sejak di hotel lagi.

Arwah dikatakan mendaftarkan diri di hotel tersebut pada jam 1 pagi dan bersendirian.

Hasil siasatan pihak polis mendapati bahawa tidak ada sebarang unsur khianat, juga nota (wasiat) tidak ada dijumpai. 

Oleh yang demikian, pihak polis membuat kesimpulan bahawa artis tersebut membunuh diri.




Sumber:

https://bit.ly/2Nnnf9f

Comments