Kim Soo Hyun Setia Sokong Sahabat Pelakon Hotel Del Luna



Kim Soo Hyun yang baru sahaja menyelesaikan tugas ketenteraan sebulan yang lalu sudah pasti pasti merindukan sahabat pelakonnya yang lain.



Iu, Yeo Jin Goo dan juga PD Hotel Del Luna, Oh Choong Hwan merupakan sahabat juga bekas rakan sekerja beliau dalam industri lakonan.

Antara filem yang pernah dibintangi bersama adalah, Dream High, The Producers, Moon Embracing the Sun dan My Love from Another Star.

Selebriti popular itu, bukan sahaja menghantar trak kopi untuk santapan para krew dan artis, malah beliau sendiri turun ke set penggambaran bagi memberi sokongan drama Hotel Del Luna.

Menurut krew produksi Hotel Del Luna, Kim Soo Hyun bakal terlibat sama dalam penggambaran kerana akan menjadi cameo dalam episod pengakhiran dalam drama tersebut.




~ Selamat kembali Kim Soo Hyun~



Sumber: https://bit.ly/349wNcn

Notice: We do not own the photo used. Credits to all photo owner


#kimsoohyun #kpopmalaysiatoday #yeojingoo #IU #kpopchojang #korea #kpop #berita #terkini #hoteldelluna #ogos2019 #cameo #artiskorea #updates

Comments