Program "1 Night, 2 Days" Bakal Bersiaran Kembali di Kaca TV



Selepas melalui tempoh sukar, program "1N2D" kini dilaporkan kembali bersiaran dengan wajah baru dan PD yang baru.

Menurut laporan media tempatan di negara itu, program tersebut akan bersambung kepada musim ke-4 dan telah dikonfirmasikan sendiri oleh pihak penerbitan.

PD baru yang akan menerajui krew penerbitan itu ialah, Bang Geul yang mana merupakan PD daripada program "Happy Together".

Program "1N2D" merupakan program yang mempunyai rating tertinggi dan telah lama bersiaran selama 12 tahun. 

Oleh itu, dilaporkan bahawa, program tersebut akan mula bersiaran sebelum penghujung tahun 2019.

Bagi ahli-ahli yang akan mengisi program tersebut adalah masih di bawah perbincangan. Terdapat laporan mengatakan bahawa, rombakan baru akan dibuat yang mana sama ada ahli baru akan mengambil alih atau segelintir ahli lama sahaja akan tinggal.


~Selamat bersiaran kembali kepada 2D1N~




Sumber:

https://bit.ly/2NE1Irt


Notice: We do not own the photo used. Credits to all photo owner



#1n2d #kembalibersiaran #kembali #2019 #bersambung

Comments