Baru - baru ini netizen dikejutkan lagi dengan isu perceraian kedua pelakon , Ahn Jae Hyun dan Goo Hye Sun.
Belum pun reda isu perceraian Song Joong Ki dan Song Hye Kyo, isu perceraian baru selebriti telah menyusul dan mengejutkan lagi para netizen.
Kali ini netizen bingung kerana isu perceraian Go Hye Sun dan Ahn Jae Hyun sangat komplikated dan penuh dengan tanda tanya.
Menurut media, pelakon wanita ini yang terlebih dahulu mendedahkan isu penceraian dengan suaminya, Ahn Jae Hyun.
Hal ini sangat menghairankan netizen kerana, Goo Hye Sun ingin meneruskan perkahwinan mereka dan tidak ingin bercerai, namun demikian mengapakah artis wanita tersebut mendedahkan isu tersebut kepada umum?.
Tindakan Goo Hye Sun dijelaskan oleh seorang peguam wanita yang bernama Han Seung Mi.
Menurut beliau, Goo Hye Sun bertindak sedemikian bagi menjaga dan melindungi haknya.
Setiap info yang didedahkan oleh artis wanita tersebut kepada awam, dapat membantunya nanti apabila Ahn Jae Hyun bertindak untuk menceraikannya.
Tambahnya lagi, selagi Ahn Jae Hyun bertanggungjawab sebagai individu yang pertama mengusulkan perceraian, Ahn Jae Hyun sukar untuk memenangi kes berikutan segala maklumat yang didedahkan oleh isterinya.
Peguam Han Seung Mi mengambil contoh kes perceraian direktor, Hong Sang Soo dan artis wanita Kim Min Hee.
Direktor tersebut ingin mengusulkan surat cerai kepada isterinya setelah jatuh cinta kepada Kim Min Hee. Hubungan direktor tersebut dan artis tersebut diketahui umum sebelum perceraian dilakukan.
Oleh itu, isteri direktor tersebut memenangi kes tersebut kerana suaminya jatuh di bawah kategori curang dan ingin cerai kerana wanita yang lain.
Peguam Han Seung Mi menambah, isteri yang bertanggungjawab dan tidak ingin bercerai untuk melindungi rumah tangga mempunyai potensi tinggi untuk memenangi kes.
Oleh hal yang demikian, tidak hairanlah mengapa Goo Hye Sun mendedahkan setiap perkara yang berlaku dalam rumah tangga mereka, termasuk isu Ahn Jae Hyun merayakan hari jadinya bersama dua wanita yang lain baru-baru ini.
Sumber: https://bit.ly/2UcmWhc
Notice: we do not own the photo used. Credits to photo owner
#ahnjaehyun #goohyesun #kpop #beritakpop #ceritakpop #perceraianartis #selebriti #ogos2019 #kpopchojang #kpopmalaysiatoday
Comments
Post a Comment