X1 Kurang Mempromosi Muzik Debut - Kontroversi Masih Hangat



Kumpulan idol X1 yang baru sahaja debut secara sah pada dua hari yang lepas, kelihatan masih berjaga-jaga dengan kontroversi yang menimpa kumpulan itu.

X1 merupakan kumpulan yang ditubuhkan hasil program realiti pencarian idol , Produce X 101 oleh Mnet telah mendapat kecaman dari pelbagai pihak apabila didapati terdapat unsur penipuan dalam undian selama program itu berlangsung.

Banyak pihak meluahkan ketidakpuasan hati setelah mendapati julat undian bagi setiap 11 orang pemenang adalah sama. Ditambah lagi, idol yang disokong tidak mendapat tempat di pusingan penentuan debut.

Pada 27 Ogos 2019, X1 menemui peminat dengan lagu sulung mereka, 'Flash'.

Namun demikian, peminat berasa kecewa apabila mereka hanya mampu mempromosikan lagu baru mereka di 'M!Countdown' sahaja dan tidak di rancangan muzik yang lain.

Biasanya, penyanyi yang melakukan comeback atau debut akan mempromosikan lagu mereka di rancangan muzik yang lain seperti 'Show! Music Core' (MBC). 

Situasi ini menunjukkan bahawa, pihak produksi rancangan muzik masih berjaga-jaga dan sensitif dengan laporan kontroversi penipuan undian oleh Mnet.

Namun demikian, tidak semua pihak produksi menolak  X1, mereka nampaknya dijemput untuk menyertai rancangan 'Mafia' yang bersiaran di tvN.


~Lihat kemunculan mereka di Mafia~


Sumber: https://bit.ly/34aPDjl

Notice: We do not own the photo used. Credits to all photo owner


#X1 #mafia #Producex101 #kimyohan #kpopchojang #kpopmalaysiatoday #beritakpop #debut #flash 

Comments